Saya mahu melampirkan akaun saya kepada Rakan Kongsi

Pelanggan boleh menyambungkan (attach) akaun mereka dengan Rakaniaga pada bila-bila masa di tetapan akaun perdagangan. Pilihan ini tersedia dalam kedua-dua versi Laman Pedagang: web dan aplikasi. Untuk memastikan penyambungan berjaya, syarat-syarat berikut harus dipenuhi:

  • pelanggan belum pernah mempunyai pesanan perdagangan di akaun yang ingin mereka lampirkan;
  • jika sebelum ini pelanggan sudah pernah mempunyai pesanan perdagangan di akaun yang ingin mereka lampirkan, penyambungan masih boleh dilakukan dalam satu minggu setelah akaun perdagangan dibuka;
  • Introducing Broker (IB) yang berkenaan telah mendaftarkan akaun Rakaniaga beliau sebelum pelanggan mendaftarkan akaun perdagangannya.

Untuk melaksanakannya, anda perlu ikuti langkah-langkah mudah berikut:

1. Buka Laman Pedagang;

2. DI Dashboard, klik pada akaun perdagangan yang ingin anda sambungkan dan klik pada Tetapan

Klik pada akaun anda untuk membuka senarai penuh.

3. Cari tetapan "Jalinan dengan rakaniaga" dan klik "Sambungkan".

 Di tetingkap pop-up, anda perlu memasukkan  Nombor ID Rakaniaga dan tekan butang "Sambungkan" sekali lagi.

 Sekiranya semua syarat dipenuhi, akaun akan disambungkan dengan Rakan Kongsi dengan segera.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: